Pada hari Sabtu ini, saya pergi ke kota London. London adalah ibu negara United Kingdom. Ianya agak jauh. Saya menaiki keretapi yang mengambil masa lebih kurang tiga jam perjalanannya. Saya sungguh gembira kerana saya akan berjumpa kawan-kawan saya yang juga datang dari tempat-tempat jauh seperti Lancaster dan Madrid (di negeri Sepanyol). Setibanya saya di London, saya menaiki keretapi bawah tanah yang dipanggil ‘The Tube’. Saya tidak payah membeli tiket kerana saya telah pun membeli ‘travelcard’ di Sheffield lagi. Setelah menaiki ‘Tube’ selama 15 minit, saya tiba di daerah Paddington. Saya pun berjalan ke arah Kafe Nahar di mana kawan-kawan saya sudah lama menunggu. Mereka sangkakan yang ada lori kimia berlanggar yang menyebabkan saya lewat. Mereka hanya bergurau rupanya. Hahaha. Mereka sudah makan, tetapi oleh kerana saya masih lapar, mereka pun turut menjamu selera sekali lagi. Anuar, kawan saya yang datang dari Madrid itu rupa-rupanya sudah memakan berbungkus-bungkus nasi lemak. Katanya di negara Sepanyol tidak ada nasi lemak. Saya hanya mengangguk kerana kasihan mendengar. Kami memakan juadah melayu seperti cokodok, karipap dan nasi campur. Saya meminum air kegemaran saya, teh ais, yang lebih lazat dari frappucino yang dijual di kedai Starbucks.
Selepas makan, kami pun bertemu dengan seorang kawan Anuar bernama Ja. Ja bercuti di London dan dia pun ingin bersama kami bersiar-siar di London.Oleh kerana Circle Line ditutup, kami terpaksa menaiki ‘Tube’ Bakerloo ke Piccadilly Circus. Piccadilly Circus sebenarnya bukan sarkis yang ada badut dan binatang seperti singa dan gajah. Piccadilly Circus sangat cantik dengan iklan Coca Cola lampu neonnya. Di tengah-tengah terdapat tugu patung Eros. Di situ juga terdapat ramai pelancong-pelancong yang bersiar-siar seperti kami. Kami berjalan ke arah Leicester Square yang mempunyai banyak panggung wayang, disko dan pelukis karikatur. Sewaktu di situ kami sempat melencong ke arah Chinatown di mana saya membawa mereka ke kedai CD dan DVD murah yang bukan durian. Saya membeli DVD Jimmy Eat World kerana ianya murah dan kawan saya, Jim, kata lagu mereka sedap. Sewaktu membeli DVD, kawan-kawan saya sibuk mengambil gambar pemandangan di situ.
Kami kemudiannya berjalan ke arah Covent Garden. Kedai-kedai di Long Acre masih belum mengadakan jualan murah. Kami pun tak membeli apa-apa. Tengok sahaja. Di Covent Garden, kami bergambar lagi. Di sinilah watak Eliza Dolittle menjual bunga dalam wayang ‘My Fair Lady’. Saya tidak ingat sangat ceritanya kerana saya menonton cerita itu semasa saya kecil sangat. Ada lelaki ini menyanyi sambil bermain gitar. Kesihan pakcik cina yang bermain muzik tradisi itu terpaksa menutup kedai. Saya memberi lelaki itu satu pound kerana suaranya sedap.Di dalam Covent Garden hanya terdapat seorang lelaki melakukan aksi sarkis sahaja. Tidak ada orkestra kecil atau nyanyian aria dari opera. Kami pun terus beredar untuk pergi ke Trafalgar Square.
Trafalgar Square sungguh besar. Saya sudah dekat 10 tahun tidak pergi ke Trafalgar Square. Di sini ada tugu Lord Nelson dan banyak burung merpati. Hari ini sungguh panas sekali. Tetapi sekarang mereka tidak membenarkan orang mandi-manda di kawasan air pancut. Kami pun mengambil gambar lagi. Ramai juga orang lain bergambar, seperti seorang pelancong ini yang membuat aksi ala Superman. Saya hendak ketawa tetapi tidak berani. Lagi pun tidak elok jika kita ketawakan orang. Kami nampak satu keluarga melayu yang juga bergambar dan mengambil video. Di tepi Square itu, ramai orang memberi makan kepada burung-burung merpati. Ada seorang perempuan ini membawa satu beg besar yang mengandungi bijirin. Dia mesti sayangkan burung. Burung-burung itu pun mesti kenal dia sebagai seorang yang baik kerana mereka hinggap di kepalanya. Di sini juga ramai perempuan-perempuan lain. Oleh sebab cuaca sangat panas, mereka tidak pakai baju yang tebal. Mereka sangat cantik. Selepas itu, kawan saya iJun membelanja kami semua ais krim. Kesihan penjual ais krim itu nampak susah untuk mengira harga ais krim kami. Saya makan dua scoop coklat bersama flake 99. Sedap sungguh rasanya.
Kami pun berjalan ke arah Admiralty Arch di mana kami duduk di atas tangga. Kami bergurau senda dengan nada amat bising sekali, sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Di sini kami nampak lebih ramai perempuan cantik yang kekurangan kain. Kami berasa gembira sekali. Setelah setengah jam melihat kenderaan lalu-lalang di The Mall kami bersiar-siar di St. James’ Park dan Green Park. Sungguh ramai orang di situ. Ada yang bermain frisbee dan ada yang hanya baring menikmati matahari. Aktiviti ini merbahaya kerana mereka boleh mengidap penyakit melanoma, lebih-lebih lagi orang yang berkulit putih. Selepas Green Park, kami berjalan di Piccadilly. Kami mengambil gambar di Hotel Ritz yang pernah kami tonton dalam wayang ‘Notting Hill’. Saya dan kawan saya ternampak Natalie Portman tetapi mereka tidak percaya. Kami singgah sebentar di hadapan restoran The Wolseley. Harga makanannya boleh tahan mahalnya. Lagi pun kami tidak memakai pakaian sesuai untuk makan di situ. Kami singgah di sebuah pekansari kecil yang menjual kraftangan. Di situ kami berjumpa Jo, kawan kepada Ja. Semasa menunggu Jo, kawan-kawan saya bergilir-gilir menikmati lagu ‘Kotek dan Puki Berbulu’ dendangan kumpulan Ben’s Bitches dengan menggunakan iPod saya. Lagu itu mempunyai lirik yang tidak elok tetapi kami semua ketawa keseronokan. Kami pun bergerak ke arah Regent Street.
Di Regent Street, kami pergi ke kedai Apple. Kedai Apple ini menjual banyak komputer canggih lagi anggun. Sebenarnya, saya mahu menggunakan kuasa Force untuk mempengaruhi iJun dan Anuar untuk membeli iPod. Tetapi iJun menggunakan kuasa Force gelapnya (yang lebih senang, lebih menggoda) dan mempengaruhi saya untuk membeli sistem speaker JBL. Saya ingat selama ini, penggunaan kuasa Force gelap ini hanya tipu semata-mata. Memang benar saya dipengaruhi silap mata Sith dia. Apakan daya, saya pun membeli sistem speaker JBL itu dengan perasaan riang gembira.
Oleh kerana kami lapar, Jim mengajak kami ke restoran C&R untuk menikmati juadah Malaysia sekali lagi. Kami berjalan ke arah Carnaby Street yang merupakan pusat fesyen kota London di tahun 70-an. Untuk kembali ke Chinatown, kami melalui daerah yang bernama Soho. Di sini banyak kedai-kedai yang ada perempuan menari bogel dan panggung yang ada tiga pangkah. Kami pun bergambar di hadapan salah satu kedai yang menjual barangan ganjil tetapi menarik. Di C&R, kami makan nasi goreng, tomyam dan mee hokkien. Air kacang soya yang disajikan segar, seperti yang di jual di pasar malam Taman Tun Dr. Ismail. Saya minum sampai dua gelas. Perut saya lebih buncit petang ini kerana makan dan minum terlalu banyak. Kami pun kembali ke rumah Jim di Bayswater untuk merehatkan badan. Di rumah Jim kami mendengar lagu-lagu dangdut, rock kapak cintan dan emo. Oleh kerana pengaruh kuasa Force gelap tadi, saya di psiko-analisa oleh Dr. Idlan untuk beberapa minit sambil berborak kosong. iJun pula memulakan perbincangan mengenai sistem komputer. Sungguh menarik sekali. Pada pukul sepuluh setengah, kawan-kawan saya pun semuanya meminta diri kerana terlalu letih. Saya pun tidur dengan agak nyenyak.
Pada pagi Ahad, saya dan Jim pergi ke Malaysia Hall untuk sarapan pagi nasi lemak, karipap dan teh tarik. Sejam kemudian, Anuar dan Idlan tiba dan kami pun makan lagi. Apabila iJun tiba dengan komputer bimbit Thinkpadnya, kami memakan brunch. Ketibaan iJun seumpama berada di Low Yat kerana Jim diberi software percuma untuk membaiki komputernya. Kami pun dapat bertukar-tukar gambar digital kami di situ juga kerana dia membawa sebuah pembakar cakera padat bimbit. Kami berborak mengisi masa lapang kami dengan berbagai topik perbualan. Ja tiba sedikit lambat dan kami pun makan tengah hari. Saya makan nasi campur kari kambing dan sambal belacan. Saya rasa selepas ini saya perlu melakukan latihan jasmani untuk merampingkan perut saya.
Selepas makan, kami pun kembali ke rumah masing-masing. Anuar perlu menaiki kapal terbang. Saya dan Idlan pula menaiki bas ke stesen keretapi masing-masing. Cuti hari minggu ini sungguh menggembirakan. Saya rasa bertuah kerana ada kawan-kawan seperti ini. Kami bercadang untuk ke negara Sepanyol pula di bulan Ogos ini.
Begitulah cerita percutian saya di kota London.
Darjah 4 Kemboja
_______________________________________
Nota kaki: Gambar-gambar ini diambil oleh saya, Idlan, Ja dan Anuar. Sila ke laman ini untuk gambar-gambar lain yang menarik.
hehe..reminds me to old times at sekolah rendah kebangsaan. 😉 nice holiday ekk..
En Kudo
‘K***k dan P**i Berbulu’
ini tak qualify masuk “Seruling Jaya” ni..
rusihan
4 Kenanga 1980
what the f**&?
I am speechless.
“pembakar cakera padat bimbit” !!!!
P.S.: I can’t for the love of God remember which Darjah 4 I belonged too!!
Cerita menarik. Markah C- (kerana memasukkan gambar yang tidak senonoh). Tingkatkan lagi usaha untuk penggal yang akan datang.
saya tidak henti-henti ketawa membaca karangan awak, k. Udo.
Percutian Musim Panas ya Kudo?
Hahhahahahahha
Lupa nak cakap tadi. Aku tak mampu nak buat karangan camni.
Keranaa…. BM-ku lauyar…
(tapi ini karangan mmg macam sekolah rendah hahhaa)
emma: pandai awak! 🙂
rusihan: ye la. masa aku kecik tak pernah pegi overseas for a vacation. aku baca articles seruling jaya masa tu seronok tgk people going to places like NYC and londres. it’s payback time!
adrie: whaddaya think?
pyin: i hentam only. is that what it’s called, though?
cikgu sashi: alaa cikgu. takkan cikgu tak seronok dgn gambar tshirt tu cikgu? mesti dpt A++ kan? 😆
siti: terimakasih.
idlan: BM aku lowyar jugak… kau ch-yeck ke?
Entahlah kudo, BM saya pun lauyar.. hehhhhee
alamak…so sad. i especially enjoyed the posts about “perempuan yang kurang berpakaian” and “saya sangat gembira.” talk about cause and effect! i found this post hilarious! 🙂
Saudara Kudo,
Karya ini amat mempesona kerana ia menggunakan tatabahasa pelajar darjah empat seperti *memakan*. Awalnya, saya seperti terpanggil untuk menyunting tulisan saudara tetapi apabila saya membaca darjah anda; saya berpendapat saudara layak mendapat A-. (-) untuk kesalahan nahu dan A untuk usaha.
Majulah sukan untuk Negara!
hoho… nice one kudo san!
cikgu dah cy–eek??
cayalah BM dia.
Eh betul he Eliza Doolittle jual bunga kat Covent Garden??
I really miss London *sob*
Kudo:
laa.. iya ke? aku pun tak pegi cuti di luar negara masa sekolah rendah … terpaksa jugalah aku melaratkan diri (is there such a thing?) untuk membaca seruling jaya dengan tajuk2 yang imaginatif agaknya seperti “Percutian Saya di Disneyland Florida, Amerika Syarikat yadda yadda yadda” , “Persekolahan saya di United Kingdom yadda yadda yadda..” …year after year..tapi takpe, aku memang suka membaca.. dan apabila udah tua bangka inilah baru boleh pergi merantau, maka bilamasa tercampak ke londres (dan tempat2 lain yang sewaktu dengannya) buat kali pertama, maka secara automatis terseringai bersendirian macam kerang busuk.. hmmm… payback time? iya, barangkali!
Kudo, when i was at gatwick, the cashier at the duty free suka okey my tshirt. you’re just jealous sebab you dont have it
Anuar,
I want your top, boleh??? 😉
I acutally bought a can of condensed milk to make teh tarik and teh ais tapi sampai la ni tak buat buat !!!
Lisa, I’ll think long and hard about it 😛
jangan buat karangan ‘adik saya’ sudah la….
Saudara Kudo,
BM anda tidak lauyar pada hemat saya.
Ia sungguh unggul sebenarnya. (berbanding dengan penguasaan BM saya)
Saya pun terhibur dan gembira menikmati kota Londres bersama anda dan kawan kawan kita.
Saya berharap sesis perjumpaan bloggers seperti ini akan terus diadakan.
Sekian,
Aku Ch-yeck
Yang berbahagia Jimbo,
Saya sedang menikmati CD yang anda bakarkan untuk saya. Saya rasa sekarang saya telah menjadi peminat setia # 2 JEW.
Terima kasih banyak banyak
Yang tidak menjalankan tugas hari ni,
Anuar
Do what you must Lord Kudo.
Search your feelings.
***
Menggaru di rantau-rantau, Selatan yang sudah busuk,
Aku ch-yeck…..
***
Lupa nak “bakar” sekali gambar2 aku.. tak masuk akal.. korang pulak tak ingatkan aku..
Camne nak check gila. you were the only one with the laptop!
Yelah yelah… aku salah.
Nanti aku “bakar” cakera padat lagi satu.
hahaha… teruskan menulis.
sausara anuar,
berfikir panjang dan keras? Hahahaha sungguh tak sangka saudara seorang yang begitu phallocentric!!!
those chicks in the pictures are hot man…
btw
Ijun ..kebotakan dia dari dulu sampai sekarang sama saja…hahaha 🙂
Sausari Lisa, saat saat sedemikianlah yang meyatakan kepala mana yang digunakan untuk berfikir
fake: style kebotakan boleh change ke?
Rambut aku gugur lepas lawan ngan Mace Windu tempoh hari.. sakit siotttt…
saya cemburu! :p
Untuk kembali ke Chinatown, kami melalui daerah yang bernama Soho. Di sini banyak kedai-kedai yang ada perempuan menari bogel dan panggung yang ada tiga pangkah.”
I imagined a standard four pupil with naive blue-green eyes saying it oh so nonchalantly.
Refreshing twist, sir.
Highly entertaining. Well done. I didn’t realise how hot you actually look… he he
pyin: semua org sedang meraikan Hari BM-ku Lowyar. not endorsed by DBP obviously.
kate: glad you liked it.
lisa: terima kasih, cikgu lisa. cikgu sashi please take note. 🙂
ash: cikgu lisa dah ch-yeck. dpt A- lagi.
lin: betul.
rusihan: my karangan got rejected by puan hawa in std2. never again did i submit anything after that. hmmph!
anuar: tak jealous. i got p*****k kau for a t-shirt. way better. 😆
trabye: don’t worry. pasal adik saya tidak ‘hensem’. 😆 CIKUU! MENTALLL!!! TURN TO PAGE… WANG WANG WANG!!!
jim: saya pun gembira. harap2 kita boleh ke kg kambing dan sepanyol. bawa lah cik abu!!
perasan sith lord: thanx for the pics!
atok: sudah tentu. probably can’t write like this anymore after this.
fake: we saw hotter ones. God made sure our cameras didn’t work that time. pasal niat tak baik.
sharizal: if this was 1999, youcould’ve joined us, man!
the neon: twisted. and perverted.
farrash: hahaha. 😆 thank you! i think beacuse it was hot (because of the weather).
as much as i am stifling a laugh right now (kat hosp comp room ni), i can’t help but think if i am supposed to do a bm essay i will end up sounding the same… hahaha
[…] did not occur as I had some mates over, two of whom from the bunch of usual suspects that did this and this. Circumstances have changed in the past five years, and it would be difficult to gather […]
karangan yang bagus
terima kasih, encik anthony. ^ ^
[…] These meets got a bit more frequent but it’d be the bloggers that live within my vicinity, or should I say continent. London was the most obvious port of call, with food being the main focus of these meet ups. Like this one in May of 2005: […]