after reading a short comment by nads from an earlier entry, i thought of sharing with you lot this article i wrote for rottw 4 years ago. like nads, i had the opportunity to watch one of the last ever smashing pumpkins gigs in the uk. i first heard of them in 1992 from the singles ost. been hooked ever since. they had a pretty rough ride as a band. death. the firing of one of rock’s brilliant drummers. a frontman with the biggest metaphorical (bald) head ever seen. a demo-sounding synth-y 4th album. the return of one of rock’s brilliant drummers (but followed by the quitting of d’arcy wretzky). the decision to call it a day was sad, but i guess they wouldn’t want to end up churning album after album for the many years to come (read: the rolling stones).

this article contains a couple of inaccurate accounts. they didn’t actually play anything from machina ii. the songs that i didn’t recognise were obscure covers. also, this article was written in bahasa malaysia, and reading it again was pretty amusing as a rock gig review written in bm just doesn’t clinch it. it doesn’t sound that right. read it and you’ll see what i mean.

“… apabila saya memasuki panggung Apollo, Catherine Wheel, kugiran pembuka tirai baru sahaja mengakhiri persembahan mereka. Setelah menunggu selama 30 minit, lampu panggung dipadamkan . The Smashing Pumpkins memulakan set mereka dengan The Everlasting Gaze. Sistem bunyi malam itu pada mulanya tidak berapa baik. Bingit dari Les Paul Junior Billy Corgan dan SG Custom James Iha mengisi seluruh panggung, diiringi alunan berat Fender Precision berkilat Melissa auf der Mauer dan bedilan dram Jimmy Chamberlain. Bullet with Butterfly Wings dan Zero diberi nafas baru. Saya pada mulanya tidak dapat mengenali irama yang dipersembahkan mereka!

Mereka mempersembahkan beberapa lagu dari Machina II: The Friends and Enemies of Modern Music, yang hanya boleh diturunmuat dari internet. Kebanyakan penonton pada waktu itu masih belum pernah mendengar lagu-lagu baru mereka. Saya hanya boleh memberi pendapat yang lagu-lagu Machina II kebanyakannya melalut dengan piano solo dari kedua-dua pemain keyboard mereka. Sambutan hangat tetap diberikan! Set kedua dimulakan selepas segmen piano solo, dimana Corgan menukar kostum jubah beliau (dari putih ke hitam!).

Tone gitar mereka sungguh mengkagumkan malam itu. Corgan menggunakan Gibson E335nya untuk Cherub Rock, irama klasik dari Siamese Dreams yang menyemarakkan semangat penonton malam itu, manakala solo gitar Corgan dari Stand Inside Your Love dimainkan dengan Fernandes Sustainer. To Sheila dari album Adore dimainkan secara akustik diiringi slide guitar Iha. Jika dilihat malam itu, para penonton lebih suka melayani lagu-lagu era lama seperti Disarm dan Tonight, Tonight.

Sebagai encore pertama, Fuck You (An Ode To No One) menghangatkan suasana. Corgan mengucapkan terima kasih dan memperkenalkan anggota Pumpkins kepada para penonton. “Selamat Malam Halloween”, ujar beliau lagi yang tidak berkata banyak malam itu. Setelah mendendangkan Ava Adore, mereka meninggalkan pentas. Saya terfikir adakah mereka akan kembali untuk encore kedua, akibat kerenah rock star Corgan yang tidak menentu. Sewaktu gig mereka di NEC Arena Birmingham keesokan malam itu, Corgan meninggalkan pentas tanpa encore!

Tiba-tiba kedengaran suara seorang MC mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke gig terakhir Pumpkins di kota Manchester. Beliau pun terus memperkenalkan beberapa tetamu selebriti yang akan memulakan persembahan terakhir yang istimewa malam itu. “Sila berikan tepukan gemuruh untuk… DAVID BECKHAM!”. Semua terasa cuak. Beckham? Sebenarnya yang muncul adalah Corgan berpakaian jersey Man U lengkap dengan bola sepak! Iha pula berjersey Man City. “POSH SPICE!!”. auf der Mauer muncul dengan rambut palsu hitam berpakaian dress hitam pendek. Chamberlain muncul sebagai George Best dan kedua-dua pemain keyboard sebagai Noel dan Liam Gallagher. Tidak sangka Corgan begitu sporting. Halloween punya pasal. Mereka mempersembahkan 1979 secara akustik sebagai lagu terakhir malam itu.

Sesudah sahaja 1979 dipersembahkan, Pumpkins membaling coklat dan gula-gula ke arah penonton, sambil tepukan gemuruh diberikan. Gig terakhir (untuk Manchester) sebuah band yang merupakan salah satu tunjang muzik rock alternatif zaman sekarang.”

manchester apollo setlist (10/31/2000)

set 1: the everlasting gaze / bullet with butterfly wings/once in a lifetime [talking heads] / glass and the ghost children / stand inside your love / cherub rock / blue skies bring tears
set 2: rock on [essex]/heavy metal machine / zero / porcelina of the vast oceans / to sheila / with every light / disarm / tonight, tonight / this time
encore 1: fuck you / ava adore
encore 2: 1979

[credits: spfc.org and infinite pictures for the setlist and rare pictures]