Ada yang berkata kalau rekabentuk watak dalam versi live action sesuatu IP animu maka ianya terlalu macam cosplay.

Mungkin ya, atau tidak – pada pendapat saya, jika ianya untuk TV/filem, rekabentuk yang lebih kepada realisme patut dititikberatkan tanpa menidakkan intipati asal. Seperti biasa, watak-watak anime yang dilakonkan atas pentas tetap menampakkan usaha yang baik dari pihak produksi!

Berikut adalah watak-watak muzikal 鬼滅の刃 KIMETSU NO YAIBA – The Stage, Part 4- yang bakal dilakonpentaskan di Osaka bermula November 2023 diikuti Tokyo pada bulan Disember berikutnya.

Jika anda terlepas peluang untuk mengikuti sesi bedah 鬼滅の刃 sila ke saluran YouTube BuzzPOP (Entertainment District arc) dan Stomachofchaos (Swordsmiths Village arc)!

Laman web rasmi: https://kimetsu.com/stage/2023/